Maharaja Lawak kini ke udara...menggabungkan finalis-finalis Raja Lawak sebelumnya..dari Raja Lawak
1 - 5 ...jom undi dan jom saksikan mereka beraksi di MAHARAJA LAWAK.. !!
Pengacara:
AC Mizal
Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek
Peserta - Peserta:
Penyingkiran:
Tiada
Ulasan Greener:
Ini adalah episod pembukaan dan setiap peserta cuba untuk membuktikan kehebatan dan kelebihan masing - masing kerana ada antara peserta yang pernah bergelar juara dan ada juga yang walaupun tidak bergelar juara tetapi kerjaya mereka lebih hebat daripada yang pernah menjadi juara. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod pembukaan kali ini.
Kumpulan Jambu :
Tauke dan Yus yang juga merupakan peserta Raja Lawak musim-1 yang boleh dikatakan dah lama bermain dalam industri lawak ini ternyata mantap apabila membuat satu persembahan yang membuatkan orang tak kering kering gusi mendengarnya..namun sekarang mereka bergabung dan menjadi kepada satu kumpulan iaitu kumpulan Jambu.." tengok!! jambu kan?jambu kan? "
Man :
Masih segar dengan kejayaan menjadi juara Raja Lawak musim ke-5 dan persembahan Man kali ini boleh dikatakan hebat. Namun begitu, Man kelihatan tenggelam daripada peserta-peserta lama yang lain yang telah lama di dalam industri lawak ini. Tidak apa, Man mampu memintas mereka semua sekiranya Man boleh membuat lawak yang lebih mantap lagi... Good luck Man !!
Kumpulan XN3 :
Kumpulan XN3 ? Boleh dikatakan menonjol sedikit dalam Maharaja Lawa ini.. Namun masih boleh dipertingkatkan lagi.. Go Go Go XN3 !!
Amir :
Minta maaf tetapi aku langsung tidak ketawa menonton aksi Amir. Sama ada lawaknya kita perlu berfikir atau lawak urban aku tidak pasti tetapi aku rasa Amir mungkin sepatutnya bergerak secara berkumpulan supaya dia dapat dibantu dan membantu. Entah! Kadang - kadang rasa kasihan melihat Amir kerana penonton ketawa bukannya sebab lawak beliau. Harap beliau boleh meningkat prestasi pada minggu depan
Kumpulan R2 :
Persembahan yang mantap! Sangat lucu dan menghiburkan. Aku suka dengan lawak mereka kerana terasa sangat spontan dan datang dari jiwa. Cuma apa yang aku lihat lawak pada minggu ini kebanyakkannya dilihat kepada watak pelajar sekolah dan bukannya kepada watak guru. Jadi, mungkin lelaki yang memegang watak guru itu harus meningkatkan prestasinya kerana kehebatan kumpulan ini pada episod pembukaan ini lebih banyak disumbangkan daripada peserta yang memegang watak pelajar sekolah. Apa - apapun, tahniah dan harap minggu depan mereka akan tampil dengan aksi lebih lucu!
Alex :
Aksi pembukaan Alex agak mendatar namun kemudian kembali bertenaga dan agak menghiburkan juga. Cuma mungkin Alex harus memberi lawak yang lebih segar kerana menjadikan bentuk badan sebagai bahan lawak adalah lawak yang kurang digemari sekarang. Apa - apapun, teruskan usaha anda Alex di minggu hadapan.
Kumpulan Jozan :
Kumpulan ini merupakan salah sebuah kumpulan yang menjadi bualan ramai dan juga diramalkan sebagai bakal juara maharaja lawak. Persembahan mereka pada episod kali ini menarik dan lucu namun seperti ada kekurangannya. Kekurangan disini mungkin kerana lawak mereka sama seperti mana gaya mereka menjadi pengacara untuk musim - musim raja lawak sebelum ini. Memang hal ini merupakan satu cabaran yang besar kepada mereka kerana mereka selalu dilihat berlawak berbanding peserta - peserta lain jadi mungkin ramai penonton yang mahukan aksi lucu yang lain daripada biasa. Apa - apapun, kumpulan ini masih menampilkan aksi lucu dan moga pada episod ke-2 nanti persembahan mereka lebih menarik.
Kumpulan Wai :
Gabungan juara musim ke-4 iaitu kumpulan Kecik dan Idlan kurang serasi nampaknya pada episod pembukaan ini. Bagi aku kumpulan Kecik sepatutnya membantu Idlan sebagai sebuah kumpulan dan bukannya menyalahkan Idlan yang dikatakan terlupa skrip. Sama ada itu gimik atau mungkin betul aku tidak pasti tetapi seharusnya mereka bekerjasama dan saling bantu - membantu jika mahu bersaing dengan peserta yang lain. Moga mereka tampil lebih serasi pada minggu hadapan.
Jihan :
Satu - satunya peserta wanita dan persembahannya agak menarik jugalah walaupun lucunya biasa - biasa saja. Tak tahu nak komen apa dan harapkan Jihan boleh memberikan persembahan yang lebih menarik pada minggu hadapan.
Kumpulan Sepah :
Buat pertama kalinya aku rasa kumpulan ini berlawak tanpa memasukkan elemen - elemen panas seperti mana merea menjuarai Raja Lawak musim ke-3 dahulu. Namun, persembahan mereka pada episod kali ini menarik dan lucu. Aku sangat terhibur dan moga pada minggu hadapan mereka tampil dengan gaya sebegini. Teruskan usaha kalian!
Kumpulan Balas :
Sangat menarik dan terhibur! Mengangkat watak Hantu Makcik Karipap sebagai subjek utama lawak mereka pada minggu ini sememangnya menjadi. Mungkin ada yang berfikiran lucah tentang lawak mereka tetapi aku lebih suka berfikiran positif. Apa - apapun, persembahan mereka memang terbaik! Tahniah dan aku mengharapkan persembahan yang lebih mantap pada minggu hadapan!
Nabil :
Aku suka lawak Nabil minggu ini kerana lawaknya bermesej seperti mana sewaktu beliau menjuarai Raja Lawak musim ke-2 dahulu. Aku bukannya peminat Nabil tetapi bagi aku persembahannya minggu ini menarik dan menghiburkan. Tahniah Nabil! Moga episod ke-2 nanti anda akan melakukan aksi yang lebih mencuit hati beserta mesej anda yang segar.
Keputusan Undian Episod Pertama :
Peserta Pilihan Greener Untuk Minggu Pertama :
- R2
- Balas
- Jozan
- Nabil
- Sepah
- Jambu
- Man
- Alex
- WAI
- XN3
- Jihan
- Amir
0 comments:
Post a Comment